SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KBSM       

[ TINGKATAN 1-5 ]

 

TINGKATAN 1

1.0        TILAWAH AL-QURAN

1.1        Objektif

 

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan I, pelajar dapat :

§         membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;

§         menghafaz ayat-ayat tertentu daripada Surah Al-Baqarah mengikut bacaan tadwir; dan

§         memahami tafsiran, hikmat, dan pengajaran ayat-ayat Al-Quran serta menghayatinya.

1.2        Isi

a.       Ayat Bacaan                 : Ayat 1 hingga 286 Surah Al-Baqarah.

b.       Ayat Hafazan               : Ayat 1 hingga 5,201, 255, 256, 284, 285 dan 286 Surah Al- Baqarah.

c.       Ayat Kefahaman            : Ayat 1 hingga 5, 34 hingga 37, ayat 83, 155 hingga 156, 168, 201,                     219, 255, 256, 282, 284, 285 dan 286 Surah Al-Baqarah.

 

2.0       ULUM SYAR'IYAH

2.1        Aqidah

 

2.1.1           Objektif

 

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan I pelajar dapat :

§         memahami konsep aqidah;

§         mempertingkat dan memantapkan aqidah Islamiah;

§         memahami rukun-rukun iman yang menjadi asas aqidah Islamiah; dan

§         menyakini serta menghayati rukun-rukun iman.

2.1.2     Isi

a.       Konsep aqidah

b.       Asas-Asas aqidah Islamiah

c.       Aqidah berteraskan rukun iman, dan

d.       Dalil aqli tentang kewujudan Allah berdasarkan dalil naqli dan alam syahadah.

 

2.2       Ibadat

2.2.1     Objektif

 

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan I, pelajar dapat :

§         memahami konsep dan cara-cara bersuci mengikut hukum syarak serta mengamalkannya dengan sempurna ;

§         memahami kepentingan solat fardu, solat sunat serta dapat mengamalkannya dengan sempurna ; dan

§         memahami kewajipan puasa serta dapat mengamalkannya dengan sempurna.

2.2.2     Isi :

a.       Bersuci :

 

§         Konsep bersuci dan maananya.

§         Bersuci daripada najis, cara dan hikmatnya.

§         Istinjak.

§         Wuduk dan hikmatnya

§         Tayammum dan kaifiat serta hikmatnya, dan

§         Sertu dan samak serta cara-cara melakukannya.

b.       Kesan bersuci dalam kehidupan individu dan masyarakat

c.       Solat :

§         Solat fardu kewajipan dan hikmatnya.

§         Solat berjamaah dan kepentingannya.

§         Solat sunat rawatib dan sunat tahiyyatul masjid cara-cara mengamalkan dan kepentingannya.

d.       Puasa :

§         Puasa, kewajipan dan hikmatnya

§         Jenis puasa.

 

2.3       Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

2.3.1     Objektif:

 

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan I, pelajar dapat :

§         memahami konsep sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam ;

§         memahami dan meneladani Sirah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama Allah S.W.T. di Makkah Al-  Mukarramah ;

§         mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam, menghargai dan mencontohi perjuangan ; dan

§         sumbangan tokoh-tokoh berkenaan dalam tamadun Islam.

2.3.2.    Isi :

a.    Konsep keimanan kepada Rasul.

b.   Perjuangan Nabi Muhammada S.A.W. di Makkah Al- Mukarramah dalam menegakkan aqidah Islamiah.


 

c.    Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh berikut dalam menegakkan perjuangan Islam di Mekah:

§         Khadijah binti Khuwailid r.a.

§         Abu Bakar As-Siddiq r.a.

§         Sumaiyah r.a.

§         Bilal bin Rabah r.a.

 

3.0          AKHLAK ISLAMIAH

3.1        Objektif

 

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh :

§         menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah ;

§         menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam ;

§         menyedari dan memahami serta dapat membezakakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia ;

§         menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian ; dan

§         mengamatkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2       Isi

a.           Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

b.           Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.

c.           Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.

d.           Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.

e.           Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'

 


 

TINGKATAN 2

 

1.0        TILAWAH AL-QURAN

1.1        Objektif :

 

Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 2, pelajar dapat

§             membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;

§             menghafaz ayat-ayat yang tertentu daripada Surah Ali Imran mengikut bacaan tadwir; dan

§             memahami tafsiran, hikmat, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.

1.2        Isi :

a.           Ayat Bacaan             : Surah Ali Imran ayat 1 hingga 200

b.           Ayat Hafazan           : Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26 dan 27

c.           Ayat Kefahaman        : Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26, 27, 103, 110,                                                                                  133 hingga 136 dan 159.

2.0       ULUM SYAR'IYAH

2.1        Aqidah

2.1.1      Objektif :

 

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 2, pelajar dapat:

§         bertaabud dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T.;

§         menghayati sifat mahabbah, rahmah, sakinah dan mawaddah dalam kehidupan bermasyarakat; dan

§         memanifestasikan rukun iman dalam kehidupan harian.

2.1.2     Isi :

a.       Sifat-sifat Allah S.W.T. Yang Maha Esa, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, dan Maha Adil.

b.       Dalil naqli dan aqli yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T. Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha bijaksana, maha Mengetahui dan Maha Adil.

c.       Kesan-kesan keimanan kepada Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam realiti kehidupan seperti kasih sayang kepada ibubapa, homrat kepada jiran, hormat kepada guru, dan lain-lain.

d.       Keimanan kepada malaikat

§         Hakikat malaikat

§         Tugas-tugas malaikat

§         Kesan dan implikasi percaya kepada Malaikat

e.       Keimanan kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

§         Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan tujuannya.

§         Al-Quran sebagai mukjizat yang dijamin ketulenan isi kandungannya.

§         Al-Quran sebagai bacaan dan panduan hidup seharian.

 

2.2       Ibadat

2.2.1     Objektif :

 

Setelah mempelajari Ibadat Tingkakt 2, pelajar dapat :

 

§         memahami kewajipan dan kepentingan solat Jumaat, jamak, qasar dan mengamalkannya dengan sempurna.

§         memahami kewajipan puasa, serta menghayati bulan Ramadan; dan

§         memahami kewajipan zakat fitrah.

2.2.2     Isi :

a.       Solat Jumaat :

§         Konsep Jumaat.

§         Syarat wajib, sah serta cara mengamalkannya.

§         Rukun Khutbah Jumaat.

§         Adab Makmum.

b.       Solat Jamak dan Qasar :

§         Konsep solat jamak dan qasae.

§         Memahami dan menghargai solat jamak dan qasar.

§         Hikmat, syarat-syarat dan kaifiatnya.

c.       Puasa :

§         Konsep puasa.

§         Syarat wajib, rukun, perkara yang membatalkan, sunat dan maksuh.

§         Orang yang harus berbuka puasa.

§         Qada dan fidyah puasa.

§         Penghayatan bulan Ramadan.

d.       Zakat fitrah :

§         Konsep zakat fitrah.

§         Syarat wajib zakat fitrah.

§         Waktu mengeluar zakat fitrah.

§         Hikmat zakat fitrah.


2.3       Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

2.3.1     Objektif

 

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 2; pelajar dapat :

 

§         memahami faktor kejayaan dakwah Rasulullah S.A.W. di Mekah;

§         meneladani dan mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah, dan

§         mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan kepada kejayaan Islam.

2.3.2     Isi :

a.           Faktor-faktor kejayaan dakwah Islamiah Rasulullah S.A.W. di Mekah.

b.           Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah dan pengajaran yang diperolehi.

c.           Semangat perjuangan tokoh :

§             Sayyidina Omar Al-Khattab r.a.

§             Osman bin Affan r.a.

§             Ali bin Abi Talib k.w.

§             Hamzah bin Abd. Mutalib

 

3.0          AKHLAK ISLAMIAH

3.1        Objektif :

 

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh :

 

§         menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;

§         menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;

§         menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;

§         menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan

§         mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2       Isi :

a.               Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

b.               Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.

c.               Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.

d.               Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.

e.               Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'


 

TINGKATAN 3

 

1.0          TILAWAH AL-QURAN

1.1        Objektif

 

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 3; pelajar dapat :

 

§             membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;

§             menghafaz ayat-ayat tertentu, daripada surah Al-A'raaf dan surah Al-Jumu 'ah mengikut bacaan tadwir,   dan

§             memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.

1.2        Isi

a.           Ayat Bacaan :

§             Surah Al-A'raaf, ayat 1 hingga 87; dan

§             Surah Al-Jumu'ah, ayat 1 hingga 11;

b.           Ayat Hafazan :

§             Surah Al-A'raaf, ayat 23.

§             Surah Al-Jumu 'ah, ayat 9, 10 dan 11.


2.0          ULUM SYAR'IYAH

2.1        Aqidah

2.1.1      Objektif

 

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 3, pelajar dapat :

 

§             memperkukuhkan keyakinan terhadap Rasul, hari akhirat, qada dan qadar serta merasai kesannya dalam kehidupan harian;

§             meneladani Rasulullah S.A.W. sebagai uswah dan qudwah hasanah;

§             melaksanakan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat;

§             redha dengan qada dan qadar Allah S.W.T.

2.1.2     Isi

a.               Keimanan terhadap Rasul :

§                 Mentaati rasul bererti mentaati Allah S.W.T.

§                 Rasul-Rasul yang wajib diketahui dan sejarahnya secara ringkas.

§                 Sifat-sifat para rasul.

§                 Kesan-kesan keimanan kepada rasul.

§                 Keimanan terhadap ismaturrasul.

b.               Keimanan terhadap Hari Akhirat :

§                 Ajal manusia, nikmat dan siksa kubur.

§                 Hari kiamat, dalil, dosa, pahala, mahsyar, hisab mizan, sirat, syurga dan neraka serta dalil-dalilnya.

§                 Persediaan menghadapi hari kiamat.

§                 Kesan keimanan terhadap hari kiamat.

c.               Keimanan kepada qada dan qadar :

§                 Qada dan qadar serta hikmat

§                 Kefahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar, tawakkal dan af'alul ibad serta hubungannya dengan qada dan qadar.

 

2.3       Ibadat

2.3.1     Objektif :

 

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 3, pelajar dapat :

 

§                 memahami cara mengamalkan solat ketika sakit, solat jenazah, solat hjat; dan

§                 memahami kewajipan zakat harta benda.

2.3.2     Isi :

a.               Ibadat

§             ibadat ketika sakit.

§             Kewajipan mengerjakan solat ketika sakit dan kaifiatnya.

§             Kewajipan solat jenazah dan kaifiatnya.

§             Solat hajat.

b.               Zakat

§             Konsep zakat.

§             Jenis harta yang diwajibkan zakat dan kaifiatnya.

§             Zakat dan hikmatnya.

§             Asnaf zakat.

§             Institusi pengurusan zakat di Malaysia.

 

2.4       Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

2.4.1     Objektif :

 

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 3 ; pelajar dapat :

 

§                 memahami dan mencontohi Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin di Madinah.

§                 memahami strategi perjuangan Rasulullah S.A.W. sehingga membawa kepada Fathu Makkah.

§                 memahami dan mencontohi keperibadian agung Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin agung ; dan

§                 mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan Islam.

2.4.2     Isi :

a.               Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dalam :

§             Pembinaan masjid dan pembentukan negara.

§             Persaudaraan masyarakat Islam (Muhajirin dan Ansar).

§             Pembentukan masyarakat Madinah (piagam Madinah).

§             Perjanjian Hudaibiyah.

b.               Pembukaan Mekah.

c.               Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh Islam.

§             Abu Hurairah r.a.

§             Abd. Rahman bin Auf r.a.

§             Aishah binti Abu Bakar r.a.

§             Khalid bin Al-Walid r.a.

§             Fatimah Al-Zahra' r.a.


3.0          AKHLAK ISLAMIAH

3.1        Objektif :

 

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh :

 

§                 menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;

§                 menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam.

§                 menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;

§                 menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan

§                 mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2       Isi :

a.               Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

b.               Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.

a.               Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.

b.               Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.

c.               Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.

 

TINGKATAN 4

 

1.0          TILAWAH AL-QURAN

1.1        Objektif

 

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 4, pelajar dapat

 

§             membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;

§             menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah Al-An'am, surah Al- Mukminun dan surah Luqman dengan bacaan tadwir; dan

§             memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat tertentu dan menghayatinya.

1.2        Isi

a.           Ayat Bacaan :

§             Surah Al-An'am, ayat 1-165;

§             Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 35;

§             Surah Luqman, ayat 1 - 21.

b.           Ayat Hafazan :

§             Surah Al-An'am, ayat 162 - 163

§             Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 11,

§             Surah Luqman, ayat 12 - 19.

c.           Ayat Kefahaman :

§             Surah Al-An'am, ayat 6, 50, 70, 125 dan 161 hingga 165.

§             Surah Al-Mu'minum, ayat 1 - 11,

§             Surah Luqman, ayat 12 - 19.


2.0          ULUM SYAR'IYAH

2.1        Aqidah

2.1.2     Objektif :

 

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 4, pelajar dapat :

 

§             memahami perkara-perkara yang membatal dan merosakkan iman ;

§             memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatal dan memrosakkan iman ; dan

§             memahami cara-cara bertaubat dan menghayatinya.

2.2       Isi

a.           Perkara yang membatalkan iman :

§             Syirik.

§             Kufur.

§             Riddah.

§             Khurafat.

§             Sihir.

§             Nifaq.

b.           Dosa-dosa besar yang merosakkan iman:

§             Menghina dan menderhakai ibu bapa.

§             Riba.

§             Mencuri.

§             Menipu.

§             Minum arak dan menagih dadah.

§             Berzina/ liwat/ musahaqah.

§             Membunuh manusia.

§             Memakan harta anak yatim.

§             Lari dari medan perang.

§             Menuduh zina.

c.           Taubat dan cara-caranya.

§             Konsep taubat.

§             Dalil.

§             Cara-cara bertaubat.

§             Hikmat bertaubat.

 

2.2       Ibadat

2.2.1     Objektif

 

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 4, pelajar dapat :

 

§             memahami falsafah haji;

§             memahami konsep ibadat haji dan cara mengerjakannya;

§             memahami Institusi Haji di Malaysia;

§             memahami prinsip-prinsip asas muamalat Islam, dan

§             mengetahui kaifiat sembelihan dan hikmamtnya.

2.2.2     Isi

a.           Falsafah Haji.

b.           Konsep Haji dan cara mengerjakannya.

c.           Institusi pengurusan haji di Malaysia.

d.           Prinsip asas muamalat dan kepentingannya.

e.           Sembelihan, qurban dan aqiqah serta fadilatnya.

 

2.3       Tamadun Islam

2.3.1     Objektif

 

Setelah mempelajari tamadun Islam Tingkatan 4, pelajar dapat

 

§             memahami dan mencontohi Khulafa' Al-Rasyidin dalam mengembangkan tamadun Islam; dan

§             mengenal dan mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.

2.3.2     Isi

a.           Dasar penyebaran Islam di zaman Khulafa' Al-Rasyidin :

§             Ciri-ciri kepimpinan Khulafa' Al-Rasyidin.

§             Sistem pentadbiran Khulafa' Al-Rasyidin.

b.           Tokoh-tokoh Islam :

§             Imam Abu Hanifah r.a.

§             Imam Malik r.a.

§             Imam Syafie r.a.

§             Imam Ahmad Ibnu Hambal r.a.

§             Imam Ghazali r.a.

§             Imam Bukhari r.a.


3.0          AKHLAK ISLAMIAH

3.1        Objektif :

 

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh :

 

§             menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah ;

§             menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam ;

§             menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia ;

§             menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian ; dan

§             mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2       Isi :

a.               Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

b.               Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.

c.               Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.

d.               Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.

b.               Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.


 

TINGKATAN 5

 

1.0          TILAWAH AL-QURAN

1.1        Objektif

 

Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 5, pelajar dapat :

 

§             membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;

§             menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah At-Taubah, surah An- Nur dan surah Al-Hasyr dengan bacaan tadwir; dan

§             memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.

1.2        Isi

a.               Ayat Bacaan :

 

§             Surah at-Taubah ayat 1 hingga 129.

§             Surah An-Nur, ayat 1 hingga 38.

§             Surah As-Sajdah, ayat 1 hingga 30.

§             Surah Al-Hasyr, ayat 1 hingga 24.

b.               Ayat Hafazan :

§             Surah At-Taubah ayat128 hingga 129;

§             Surah An-Nur, ayat 35;

§             Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.

c.               Ayat Kefahaman :

§             Surah at-Taubah ayat 6, 128 hingga 129 ;

§             Surah An-Nur, ayat 30, 31 dan 35.

§             Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.

§             Surah As-Sajdah ayat: 15 hingga 16.

 

2.0          'ULUM SYAR'IYAH

2.1        Aqidah

2.1.1      Objektif :

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 5, pelajar dapat :

§             memahami dan meyakini aqidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan

§             mengenalpasti kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.

2.1.2     Isi :

a.      Pengenalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

§             Prinsip aqidah berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

b.     Ciri-ciri ajaran sesat dan menyeleweng :

§             Syiah

§             Qadyani

§             Bahai

2.2       Ibadat

2.2.1     Objektif :

 

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 5, pelajar dapat :

 

§             memahami konsep perkahwinan dalam Islam.

§             mengetahui keunggulan sistem kekeluargaan dalam Islam.

2.2.2     Isi

a.           Konsep perkahwinan.

§             Perkahwinan dan hikmamtnya;

§             Kaifiat perkahwinan mengikut Islam,

§             Tanggungjawab suami, isteri, ibu dan bapa.

§             Talak, rujuk, iddah, nusyuz, fasakh, khuluk dan zihar.

§             Poligami.

§             Kemahiran keibu bapaan.

b.           Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan.

§             HIV dan AIDS.

§             Mut'ah (Nafkah)

§             Wali hakim.

§             Anak luar nikah.

§             Akta kekeluargaan

§             Kahwin mutaah.

§             Lain.

 

2.3       Tamadun Islam

2.3.1     Objektif

 

Setelah mempelajari Tamadun Islam Tingkatan 5, pelajar dapat :

 

§             memahami perkembangan, kemajuan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah, dan

§             mengenal serta mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.

2.3.2     Isi

a.       Perkembangan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah.

§             Penyebaran Islam.

§             Ketenteraan.

§             Pendidikan.

§             Kehakiman.

§             Perekonomian.

§             Perkembangan ilmu pengetahuan.

§             Semangat dan jihad.

§             Sains dan teknologi

b.       Tokoh-tokoh Islam.

§             Ibnu Sina.

§             Ibnu Khaldun.

§             Shah Waliullah.

§             Jamaludin Al-Afghani.

§             Muhammad Abduh.

§             Hamka.

§             Sheikh Tahir Jalaluddin.


3.0          AKHLAK ISLAMIAH

3.1        Objektif :

 

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh :

 

§             menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;

§             menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;

§             Menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;

§             menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan

§             mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2       Isi :

a.               Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

b.               Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.

c.               Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.

d.               Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.

Text Box:  
Text Box: